CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, Desember 23, 2008

Astronomi

MENGENAL ILMU ASTRONOMI

Rufaifa Abdullah

Persatuan Astronomi Sarawak

(Al-Islam, Mei 1995)

PADA malam hari apabila matahari terbenam di ufuk barat dan langit menjadi gelap, bintang-bintang pun kelihatan bertaburan dengan banyaknya. Semenjak dahulu kala lagi, manusia begitu takjub dengan kehadiran bintang-bintang di langit sehingga mereka cuba mencungkil misteri di sebaliknya. Maka timbullah satu cabang ilmu sains yang dipanggil astronomi (kaji bintang).

Astronomi merupakan satu cabang sains yang mengkaji tentang universe (alam semesta) dan semua objek yang berada di langit. Ia juga merupakan satu cabang sains yang tertua.

Bidang astronomi tidak pernah dianggap sebagai ilmu ciptaan manusia semata-mata. Bahkan menurut tamadun tradisi, ilmu ini adalah satu ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Idris a.s. atau Hermes Trismegistus yang mengembara ke langit bagi membawa ilmu itu ke bumi. Pengkajiannya dianggap mempunyai aspek kebenaran dan suci.

Semua orang boleh mengikuti ilmu astronomi, tidak kira peringkat umur atau status. Asalkan mempunyai minat yang mendalam dan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Sir William Hershell (1738-1822M) pada asalnya seorang ahli muzik tapi lama-kelamaan beliau menceburi bidang astronomi sehingga menjadi seorang profesional. Kejayaan besar beliau ialah berjaya menemui planet Uranus.

Untuk itu bertanyalah kepada diri kita sendiri pula, bila lagi kita akan memulainya? Pandanglah ke langit dengan mata kepala dan mata hati selalu. Usah hanya tahu menjunjungnya ke mana sahaja atau memandangnya sambil meludah. Ambillah manfaat dari kejadiannya itu dengan sebaik-baiknya.

1

0 komentar: